Utusan bantu perkembangan sektor inap desa – Utusan Online

Thursday, 29th September 2010

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Golongan muda tempatan terutama dari Tea Setkawasan luar bandar digalakkan supaya menceburi sektor perkhidmatan inap desa untuk dijadikan sebagai sumber ekonomi mereka.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, ini kerana bidang tersebut menjanjikan peluang pendapatan buat golongan itu tanpa memerlukan mereka berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari rezeki.

“Melalui program inap desa, golongan muda boleh membantu ibu bapa mereka mempromosikan program ‘homestay’ melalui perkembangan teknologi.

“Selain itu, golongan muda tempatan juga boleh bertindak sebagai pemandu pelancong berkaitan alam sekitar tetapi mereka perlu bersemangat dan berupaya menyediakan perkhidmatan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Anugerah Pelancongan Homestay Utusan Bersih dan Indah serta aplikasi go2homestay.com dalam telefon pintar di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Ong Hong Peng; Pemangku Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Azizan Noordin; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Yen Yen menambah, kementeriannya menyasarkan industri inap desa untuk menyumbang sebanyak lima peratus daripada pendapatan sektor pelancongan negara pada 2020, berbanding hanya 0.7 peratus pada 2007.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau memuji langkah Utusan Malaysia dalam membantu merancakkan perkembangan sektor inap desa melalui kerjasama menganjurkan pertandingan berkaitan.

Dalam perkembangan itu, kerjasama di antara Kementerian Pelancongan dengan Kumpulan Utusan dalam pertandingan kali ini memberi peluang kepada para pengusaha inap desa di seluruh negara mempromosikan produk mereka dan budaya hidup masyarakat setempat.

Anugerah yang melibatkan tiga homestay dari setiap negeri di seluruh negara itu bermula Oktober ini sehingga April 2011 dan setiap inap desa akan dinilai berdasarkan gaya hidup tempatan serta amalan pemuliharaan alam sekitar seperti aktiviti kitar semula.

Pemenang pertandingan itu akan menerima plak sumbangan Kumpulan Utusan dan sijil pengiktirafan Kementerian Pelancongan sementara artikel mengenai homestay yang dipilih sebagai pemenang akan disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

Setelah pemenang homestay dari setiap negeri dikenal pasti, satu homestay terbaik akan dinobatkan sebagai pemenang utama.

Read more here >>

No Comment Yet

You can be the first to comment!

Leave a comment

Malaysia Homestay Experience

Homestay e-Brochure

Malaysian Homestay Railway Tourism

Railway Railway Tourism for Malaysia Railway Tourism for Singapore