Terma & Syarat (Peraduan Slogan Sekolah go2homestay.com)
TIADA YURAN LANGGANAN. Tertakluk kepada caj standard sms. Untuk membatalkan nombor telefon mobil anda dari sistem kami, sms STOP HS ke 33307 (untuk pelanggan Maxis dan Celcom sahaja). Terma & Syarat Peraduan Slogan Sekolah go2homestay.com adalah seperti berikut:
1.Untuk mendaftar, sms ON HS GO5 ke 33307 dan jawab 1 soalan mudah. Kemudian, log masuk ke www.go2homestay.com untuk melengkapkan pendaftaran anda.
2.Tujuan pengaktifan telefon mobil dengan menghantar mesej sms ON HS ke 33307 adalah supaya Kementerian Pelancongan Malaysia dan agensi pemasaran mobil terpilih, MoAd Technologies Sdn Bhd dapat menyiarkan mesej promosi mengenai pertandingan atau aktiviti yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn Bhd.
3.Semua pelajar dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan keizinan/kebenaran daripada ibubapa untuk menyertai pengaktifan sms mobil dengan menghantar mesej sms ON HS ke 33307 melalui rangkaian Maxis atau Celcom.
4.Pengaktifan ON HS ke 33307 boleh dibatalkan atau dihentikan dengan menghantar mesej sms STOP HS ke 33307 melalui rangkaian Maxis atau Celcom.
5.Semua caj sms adalah mengikut caj standard pembekal telekomunikasi/rangkaian yang berkenaan. Tiada caj premium untuk SMS pengaktifan dan komunikasi melalui 33307.
6.Dengan mengaktifkan nombor telefon mobil anda menggunakan mesej sms ON HS ke 33307, adalah dianggap bahawa anda telah membaca dan menerima terma dan syarat promosi dan aktiviti Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn Bhd.
7.Untuk maklumat lanjut mengenai ON HS dan 33307, sila emel semua pertanyaan anda ke contest@go2homestay.com atau dial 603 6205 2922 (9 pagi hingga 6 petang).
8.Peraduan Slogan Sekolah go2homestay.com dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
9.Untuk menyertai peraduan ini, peserta HARUS menyertai bagi pihak sekolah mereka. Peserta perlu melengkapkan borang dengan maklumat peribadi mereka dan menulis satu slogan bertajuk 'go2homestay.com adalah cara paling mudah untuk mengenali Homestay Malaysia kerana...' dalam 30 patah perkataan atau kurang.
10.Peserta kemudiannya perlu menghantar penyertaan mereka dengan memasukkannya ke dalam kotak Peraduan Slogan Sekolah go2homestay.com yang disediakan di sekolah mereka.
11.Jika peserta bertujuan menyertai peraduan menggunakan borang dalam majalah mereka boleh menghantar penyertaan mereka ke:
Peraduan Slogan Sekolah go2homestay.com, Unit A-13-6, Tingkat 6, Blok A, Jaya One, 72A, Jalan Universiti 46200 Petaling Jaya Malaysia
12.Peserta juga boleh menyertai melalui laman web www.go2homestay.com
13.Dengan menghantar penyertaan anda, peserta menerima, memperakui dan bersetuju bahawa peraduan ini tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut, dan sebarang arahan mengenai cara menyertai peraduan ini adalah sebahagian daripada terma dan syarat ini.
14.Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah berumur 13 tahun dan ke atas yang merupakan warga Malaysia & Bukan Warga Malaysia. Mereka yang TIDAK layak untuk menyertai adalah kakitangan sepenuh masa/separuh masa Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn. Bhd. serta keluarga terdekat mereka.
15.Hadiah-hadiah yang ditawarkan melalui Peraduan Slogan Sekolah go2homestay.com adalah seperti berikut:
Bagi sekolah dengan bilangan penyertaan tertinggi:
Hadiah Pertama: RM10,000 2 X Hadiah Naib-Johan: Pakej Percutian 2H/1M Homestay By Rail (60 orang setiap sekolah) Hadiah-hadiah Individu: Hadiah Pertama: iPad Hadiah Kedua: iPod Touch (32GB) Hadiah Ketiga: iPod Touch (8GB)
16.Peraduan ini akan tamat pada 30hb September 2010.
17.Kos perjalanan (pergi balik) ke lokasi Homestay terpilih untuk hadiah sekolah akan ditanggung oleh pihak sekolah. Pakej percutian 2H/1M Homestay meliputi penginapan biasa serta kos makanan operator lokasi Homestay terpilih. Kos tambahan di Homestay ditanggung oleh sekolah dan/atau pelancong. Lokasi Homestay terpilih adalah operator Homestay berlesen yang didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR).
18.Pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan, kerugian dan kerosakan yang dialami sepanjang perjalanan dan di lokasi Homestay oleh para pemenang.
19.Pemenang individu akan dinilai berdasarkan kreativiti slogan mereka dan pemenang Hadiah Utama adalah berdasarkan sekolah yang menghantar paling banyak penyertaan. Pengadilan dan keputusan akhir akan ditentukan oleh Jawatankuasa Peraduan serta Penganjur dan adalah muktamad; sebarang aduan, rayuan dan/atau surat-menyurat daripada peserta tidak akan dilayan. Pemenang akan dimaklumkan melalui emel, telefon dan SMS.
20.Pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia berhak mengubah Terma dan Syarat Peraduan Slogan Sekolah go2homestay.com dan/atau menggantikan hadiah-hadiah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
21.Pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia berhak membatal, menamatkan atau menangguhkan Peraduan Slogan Sekolah go2homestay.com dengan atau tanpa sebarang notis atau alasan. Bagi mengelakkan kekeliruan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia tidak melayakkan peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung akibat secara langsung atau tidak langsung daripada pembatalan, penamatan atau penangguhan peraduan ini.
22.Hadiah tidak boleh ditukarganti dan/atau dipindah milik. Kegagalan untuk menebus hadiah dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh pemberitahuan akan membatalkannya tanpa sebarang pampasan.
23.Segala maklumat akan dianggap rahsia dan untuk kegunaan Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn. Bhd.
24.Penghantaran slogan untuk peraduan ini dianggap karya also para pelajar, sebarang pelanggaran hakcipta atau penyertaan peraduan bukan karya peserta bukanlah tanggungjawab pihak penganjur dan organisasi merangkumi Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn. Bhd. Jawatankuasa peraduan berhak membatalkan peserta dan slogan yang dihantarkan untuk peraduan jika dan apabila berlakunya sebarang pelanggaran hakcipta.
|

